Tuesday, August 11, 2009

ERTI SAHABATAN DALAM HIDUP

Apa khabar kawan2 saya semua.... harap semua sihat Alhamdulillah... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan 'Assalamualaikum warahmatullah' kepada semua sahabat2....... Ampun dan ma'af di minta kerana sekian lama saya mengabaikan blog saya ini....

Pada kesempatan kali ini, dengan umur yang masih diberi oleh ALLAH s.w.t, suka saya mengingatkan khasnya kepada diri saya dan diri para sahabat, mahupun sesiapa sahaja yg membaca blog ni, sama-sama lah kita bermuhasabah diri, bagaimana dengan keadaan diri kita, adakah semakin hampir kpd ALLAH s.w.t atau kita semakin menjauhi-NYA, adakah amalan kita telah betul2 sempurna untuk kita kembali kepada-NYA... mudah-mudahan, dengan sedikit cetusan kesedaran, kita dapat meningkatkan amalan kita kepada ALLAH s.w.t dan dapat terus berbakti kepada agama insyaALLAH...

Disini, saya ingin menulis tentang persahabatan, semua orang sedia maklum apa itu persahabatan, kalo nak bahasa yang lebih faham ialah 'kawan'. Ramai dikalangan kita dewasa kini, rata-ratanya memiliki kawan, namun begitu, sedarkah kita bahawa kawan dan sahabat itu adalah dua benda yang berbeza, sahabat dan teman sejati juga adalah dua perkara yang sangat berbeza,.,.,. luangkan masa, fikirlah sejenak tentang apa itu kawan, sahabat, teman sejati dan ERTI PERSAHABATAN.

Istilah kawan, senang disebut, 'simple', X perlu nk berbelit lidah untuk menyatakan pada orang 'dia kawan saya'...... mungkin kerana senang menyebut itulah yang menyebabkan kawan ini mudah didampingi dam mendampingi kita pada waktu senang sahaja, pada waktu kita bergelak ketawa, berseronok dan sebagainya yang indah, namun kawan sesungguhnya tidak mampu untuk bersama dengan kita dalam duka, sedih dan di saat kita sangat memerlukan semangat.....itulah awan, datang dan pergi sesuka hati...

Sementara sahabat pula, sangat berbeza dengan kawan kerana sahabat selalunya tetap bersama ketika kita bersuka, bersedih dan sa'at kita memerlukan. jikalau ditanya kepada orang ramai pada hari ini, mungkin ramai yg memiliki sahabat, tetapi dalam pada itu, kita perlu berwaspada kerana walaupun sahabat kita itu bersama dengan kita ketika suka dan sedih, namun kesetiaan untuk bersama itu tetap tidak ada, jika kesedihan yang dialami itu itu terlalu mengcengkam jiwa, sahabat juga lambat laun akan terus meninggalkan kita berseorangan...

Bagaimana pula dengan teman sejati??? bagi teman sejati, barulah terdapatr didalamnya kawan dan sahabat kerana teman sejati, insyaALLah akan tetap teguh dan setia bersama dengan kita walau dengan apa cara sekalipun, dikala susah, senang, suka, duka, ceria, mahupun berseorangan, dia tetap bersama..... tidak akan meninggalkan kita, manusia mungkin tidak mampu untuk berbuat begini, akan tetapi, ALQur'an mampu dan tetap bersedia untuk menjadi teman sejati kita, oleh itu, sahabat2, pembaca blog sekalian, jadikanlah AL Qur'an itu sebagai teman sejati kita walaupun dalam apa jua keadaan, bacalah ia, fahamilah isi kandungannya, semoga dengan ini, kita akan tetap mendapat petunjuk di dunia, dan di akhirat.....

sekian.....
pena AStana....