Tuesday, March 6, 2012

PERGINYA SEORANG SAHABAT~

ALLAHUAKBAR, INNALILLAHHIWAINNAILAIHI ROOJIUN... semalam petang sedang daku duduk sambil mengambil angin petang, dapat satu mesej daripada kawan... seorang adik junior a.k.a kawan (sbb beza umo setahun sahaja) telah pergi meninggalkan dunia buat selama lamanya... beliau telah mengalami kemalangan jalan raya... Tersentak apabila mendapat berita, masih jelas teringat senyuman arwah yang sangat murah, mula-mula kenal di masjid, bertegur sapa bagaikan sudah lama kenal... hati kecil berkata, 'ramah budak nih'... sejak hari itu, tiap kali berselisih mesti bertegur sapa, paling kurang pun angkat tangan... sungguh daku tidak menyangka harini arwah telah meninggalkan dunia yang fana ini... Jauh di sudut hati sangat berasa simpati dengan keluarga arwah... semoga ALLAH menempatkan roh arwah di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Sesungguhnya kita sendiri tidak mengetahui bilakah masa kita pula... ALLah sahaja yang maha mengetahui segala galanya... bagi kita yang masih diberi peluang, perbanyakkanlah amalan... bekalan buat kesana... Buat arwah WAN AHMAD HILMI... permergianmu diiringi dengan doa dariku dan rakan-rakan yang lain... :-( semoga segala pengorbananmu mendidik anak bangsa walaupun baru berpraktikum menjadi nilai ganjaran yang besar disisi ALLAH.... AL FATIHAH~

No comments: